PIBG
SIMDE E-Store
Sekolah Menengah Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan (SMIIMDE)
Maahad Tahfiz al-Ihsan
 
 

Program Bina Insan : Meningkatkan Ketrampilan Keibubapaan

Program tersebut telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Yayasan SAMDE dan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. Ia telah diadakan di Dewan Sekolah Agama Menengah Bestari USJ 5, Subang Jaya pada 17-18 Mac 2007.

 

Objektif  program bertujuan memimpin, merangsang dan menggerak golongan ibu bapa agar mengenalpasti potensi diri yang sebenar disamping bertindak menjadi manusia yang cemerlang dan seimbang. Program ini juga bertujuan mempromosi Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan kepada masyarakat umum.

 

Antara penceramah yang terlibat termasuklah Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah bin Kamsah dan Tuan Hj. Ibrahim Kassim yang mewakili Excel Training & Consultancy  (M). Penceramah-penceramah jemputan lain termasuklah Tuan Hj. Hushim Hj. Salleh, Hajjah Zawiah Hassan, En. Kamal Affendi Hashim dan En. Mohd Johar Bukari.

 

Program dipenuhi dengan ceramah dan forum. Antara tajuk ceramah termasuklah;
  • Penganalisian Kendiri Dalam Konteks Menjana Insan Rabbani Masyarakat Madani,
  • Mengenal Anak Anda,
  • Menangani Masalah Sosial Secara Berkesan dan banyak lagi.
Program Bina Insan ini telah berjaya menarik minat hampir 500 orang peserta dikalangan ibubapa Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan dan masyarakat sekeliling. Program PERCUMA ini dimeriahkan juga dengan pameran dan gerai jualan. Majalah Pa & Ma (Kumpulan Karangkraf)  telah menjadi media rasmi untuk program ini.

 

Kepada semua yang telah menjayakan program ini, kami ucapkan JAZAKUMULLAH KHAIRAN JAZA’.
Infaq Fisabilillah Kemudahan Profil Sekolah Kurikulum & Ko-Kurikulum Utama PIBG