PIBG
SIMDE E-Store
Sekolah Menengah Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan (SMIIMDE)
Maahad Tahfiz al-Ihsan
 
 


Kurikulum pendidikan menerapkan sistem dwialiran bersepadu, mengintegrasikan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (KBSR) dengan kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor. Tilawah dan hafazan al-Quran merupakan matapelajaran teras.

Methodologi pendidikan '5A' diamalkan dalam membentuk generasi pelajar Ulil-Albab. Pendekatan integrasi merentas matapelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang holistik akan membentuk pelajar yang berilmu, beriman dan menghayati akhlak Islam.

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan seiring dengan pengisian program motivasi, tazkirah dan Qiamulail dalam membentuk keperibadian pelajar Mukmin. Pelajar akan diasuh dan dibimbing dalam aktiviti penguatan akidah dan pengamalan ibadat. Ini adalah sebahagian daripada pengisian Projek Khalifah, dengan harapan dapat memupuk sifat kecintaan kepada Allah, Rasulullah dan ibubapa, disamping menjana kerohanian dan semangat juang yang tinggi.

 

Penerapan Pendidikan '5A' memastikan kecemerlangan pelajar dalam:

  • Pembentukan akidah dan akhlak
  • Khatam al-Quran dan hafaz Juzuk Amma serta surah-surah pilihan
  • Matapelajaran akademik dan diniyyah
  • Penghayatan Amali Muslim
  • Kemahiran ICT
  • Kegiatan Ko-Kurikulum

Sistem pembelajaran dwialiran bersepadu yang disediakan adalah mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Program Hafazan al-Quran adalah mengikut kaedah Huffaz.

Sukatan pelajaran dan pembelajaran berpandukan:

KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) JAIS (Kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kajian Tempatan
  • Kemahiran Hidup
  • Agama Islam
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Seni
  • Tauhid
  • Feqah
  • Akhlak
  • Tilawah
  • Bahasa Arab
  • Tajwid
  • Sirah
  • Hafazan
  • Jawi & Imlak
  • Khat
  • Hadis & Tafsir
  • Nahu & Soraf

Program Tilawah & Hafazan

  • Pada tahun 6, pelajar khatam al-Quran dan mampu menghafaz Juzuk Amma berserta surah-surah pilihan -- Surah Yasin, al-Waqiah, al-Mulk, as-Sajadah & ar-Rahman.
  • Peringkat menengah bermula dengan Surah al-Baqarah.

Sekolah menyediakan pembelajaran satu sesi, yang bermula dari 8.00 pagi sehingga 4.00 petang, hari Isnin hingga Jumaat. Hari persekolahan adalah mengikut sepertimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Kelas Hafazan & Tilawah al-Quran diadakan selama satu jam setiap pagi.
  • Latihan Amali diadakan selama setengah jam setiap petang.
  • Kemahiran komunikasi, sosial dan ICT.
  • Setiap kelas dianggarkan 25 orang pelajar.
  • Program Qiamullail dan motivasi bulanan.

Perincian pembahagian masa persekolahan rendah/mengah integrasi adalah seperti berikut:

08.00 – 10.00 pagi Pembelajaran dalam bilik darjah
10.00 10.20 pagi Rehat
10.20 – 01.00 tgh Pembelajaran dalam bilik darjah
01.00 – 02.00 ptg Makan Tengah hari/Solat Zohor
02.00 – 04.00 ptg Pembelajaran dalam bilik darjah

Sekolah menyediakan peperiksaan sekolah berikut:

  • UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah)
  • PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama)

  • Persatuan Bahasa Melayu
  • Persatuan Bahasa Inggeris
  • Persatuan Bahasa Arab
  • Persatuan Matematik & Sains (MATESA)
  • Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Persatuan Pengakap
  • Persatuan Puteri Islam
  • Kelab Taman Sains
  • Kelab Taekwondo
  • Kelab Penerbitan
  • Kelab Kesenian
  • Kelab Kebudayaan

  • Bola Sepak
  • Bola Jaring
  • Bola Baling
  • Badminton
  • Ping Pong
  • Indoor Game

Infaq Fisabilillah Artikel & Gambar Kemudahan Profil Sekolah Utama PIBG