Kata-kata Aluan GB

akum Pertamanya saya mengucapkan berbanyak rasa syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberikan kesempatan untuk mengabadikan nukilan kata di dalam ruangan ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan semua pihak yang telah berjaya menghasilkan laman web ini. Sekolah Rendah Integrasi Masjid Darul Ehsan telah ditubuhkan pada tahun 1998 berdekatan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. Sekolah ini adalah sekolah persendirian yang diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan SAMDE (594389-A). Kami melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ), Kurikulum Sekolah Agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan hafazan al-Quran sistem al-Huffaz. Bermula tahun 2011, sekolah menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk tahun satu. Disamping itu, pihak sekolah juga aktif dalam melaksanakan program kebajikan seperti lawatan dan bantuan kepada Rumah Anak-Anak Yatim & Miskin dan juga ibu tunggal.  Justeru itu, kami manerapkan kaedah pendidikan 5A iaitu Asuh, Aqidah, Amal, Akhlak & Akademik . Berdasarkan 5A tersebut, murid-murid diAsuh oleh guru-guru yang berjiwa murabbi. Kesan dari perlaksanaan konsep itu diharapkan bakal lahirnya generasi Ulul al-Bab yang mampu menjalani kehidupan di dunia sebagai hamba Allah yang berpaksikan Aqidah yang benar, Amalan yang sahih, berAkhlak mulia di samping cemerlang dalam bidang Akademik. Sekolah Rendah Integrasi Masjid Darul Ehsan tidak mungkin mampu bertahan hingga saat ini tanpa sokongan, bantuan dan sumbangan daripada ibu bapa yang istiqamah dan berdidikasi menghantar anak mereka belajar di SRIMDE dan para dermawan yang ikhlas membantu usaha pihak sekolah dari masa ke semasa. Kepada mereka, saya mewakili warga kerja SRIMDE merakamkan jutaan terima kasih. Didoakan semoga mereka dimurahkan rezeki oleh Allah dan mendapat keberkatan dalam hidup. Sekian, terima kasih. Wassalam. Ikhlas dari saya, Mohd Mezlan b Hamat Guru Besar Sekolah Rendah Integrasi Masjid Darul Ehsan.