Kata-kata Aluan Pengetua

bismillahAssalamualaikum w.b.t dan selamat Syukur dengan lafaz Alhamdulillah  kepada Allah s.w.t  atas segala kurnia rahmatNya, nikmatNya, maghifirahNya dan barakahNya  keatas hambaNya yang serba tiada punya apa-apa.  Tidak lupa doa selawat dan salam ke atas Junjungan Baginda Nabi Besar,  Nabi Muhammad  Abdullah  al Amin, al Ummi, As Syafi’ mujahid pembila agama dan penyelamat ummah juga para keluarga yang disayang dan para sahabat yang dikasihi. Kini terbangunlah  Laman Web SRI DARUL EHSAN.  Laman ini akan berkembang dari  semasa ke semasa  dan  dapat melonjakkan nama Sri Darul Ehsan setaraf dengan Sekolah lain yang telah ke hadapan. Di samping membantu warga  SAMDE  untuk mengakses maklumat tentang aktiviti yang akan berlangsung pada masa yang akan tertentu. Dengan laman web ini semua guru dan pelajar boleh berinteraksi pada bila-bila masa yang dikehendaki. Jika guru atau pelajar berada di luar kerana aktiviti atau tugas, laman web ini akan dapat digunakan untuk menyampaikan maklumat dan mengakses  maklumat dan aktiviti yang akan berlangsung  di Sri Darul Ehsan. Laman yang menjadi medan perhubungan pelbagai pihak, sekolah dengan ibu bapa, antara kumuniti dan pelbagai agensi. Melalui web ini sekolah berupaya menyebarkan infomasi utama dan berguna, memperomosi dan mempengaruhi, mendengari dan menasihati serta  mencadang dan mengundang. Khusus buat ibu bapa dan penjaga dapat mendekati  gaya pengurusan sekolah termasuk pentadbiran pejabat, pengurusan kurikulum, pengurusan hel ehwal pelajar , pengurusan kokurikulum dan pengurusan aktiviti sekolah yang kesmuanya berkaitan dengan keperluan anak pelajar di Sri Darul Ehsan. Saya juga berharap agar laman web ini dapat berfungsi dengan berkongsi pelbagai aktiviti,kenangan dan pencapaian yang telah dicapai oleh warga SAMDE, keputusan PT3, SMA,  SPM dan pelbagai pencapain di dalam dalam bidang akademik,sahsiah dan kurikulum. Saya juga amat berbesar hati kerana dapat menempelkan  kata-kata di ruangan  ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam  mengakses  laman web sekolah ini untuk tujuan mendapatkan dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Akhir kata saya berdoa semoga laman web ini akan menjadikan SAMDE  lebih maju, inovatif dan kompetetif bagi mengharungi cabaran dunia digital yang semakin menjauhkan diri jika tidak dikejar dan disaingi. Selamat maju jaya.   Pengetua Haji Sakijan Bin Muri