Latarbelakang

SEKOLAH ISLAM DARUL  EHSAN

(RENDAH & MENENGAH)

Jalan SS 15/2E, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

Dibawah Kelolaan YAYASAN SAMDE

 

PENDAFTARAN YAYASAN : 594389-A

PENDAFTARAN JAIS : RENDAH (11S (8) 8/22), MENENGAH (12S (8) 1/11)

PENDAFTARAN KPM : RENDAH (600-9/1/1/136), MENENGAH (600-9/1/1/35 )

  Sekolah ini merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang telah ditubuhkan sejak tahun 1998, terletak di sebuah kawasan yang strategik di Subang Jaya, bersebelahan Masjid Darul Ehsan. Pada awal penubuhan, sekolah ini diuruskan oleh Biro Pendidikan Masjid Darul Ehsan yang terdiri daripada ahli kariah masjid. Sejak 2003, pengurusan sekolah adalah di bawah Yayasan SAMDE (594389-A), sebuah badan yang ditubuhkan khusus untuk pengurusan dan kewangan sekolah. Ahli lembaga pengarah terdiri daripada ibubapa pelajar. Matlamat utama sekolah adalah untuk memartabatkan dan menjulang institusi pendidikan Islam sebagai pilihan utama masyarakat untuk membentuk generasi Ulil-Albab. Dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi, sekolah menerapkan methodologi pendidikan '5A' - ASUH, AKIDAH, AKHLAK, AMALAN & AKADEMIK. 5a