Majlis Iftar@SIMDE Meriah

Sabtu 25 Jun, Majlis berbuka puasa atau Iftar anjuran PIBG SIMDE mendapat sambutan yang meriah dari murid-murid sekolah, guru-guru dan ibubapa.Program yang bermula jam 5 petang itu berakhir dengan solat Terawikh dan moreh. Acara yang dimulakan seawal jam 5 petang itu ialah Taklimat Ibubapa untuk murid tahun 6 2016. Di dalam program ini ibubapa didedahkan kepada peluang-peluang melanjutkan pelajaran bagi anak-anak tahun 6 setelah mereka mendapat keputusan UPSR. Anak-anak SIMDE secara langsung berpeluang melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Islam Darul Ehsan (SMIMDE). Namun mereka juga boleh membuat permohonan untuk memasuki sekolah berasrama di bawah keloalan Kementerian Pendidikan, JAIS dan MARA. Program disambung dengan Forum yang dikendalikan oleh warga SIMDE. Panel utama forum adalah dari kalangan ibubapa SIMDE iaitu Datuk Zawawi Yusoff.  Sesi forum berakhir beberapa minit sebelum waktu berbuka puasa. Program seterusnya ialah majlis berbuka puasa diikuti dengan solat Maghrib. Jamuan makan sumbangan ibubapa dan PIBG dilaksanakan selepas solat Maghrib. Program Iftar tahun ini diakhiri dengan solat Terawikh berjemaah diikuti dengan moreh. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menyertai program Iftar kali ini. Jutaan penghargaan tidak dilupakan buat penyumbang-penyumbang yang ikhlas menjayakan program kali ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan budi tuan.  

Leave a Reply