TAKLIMAT PENGOPERASIAN SEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t

Kepada :
Ibu bapa / Penjaga
SRI Darul Ehsan

TAKLIMAT PENGOPERASIAN SEKOLAH

Sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan satu sesi taklimat khas berkenaan dengan pengoperasian sekolah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) seperti ketetapan berikut :

🗓️ Tarikh : 14 Februari 2021 (Ahad)
⏲️ Masa : 9 pagi – 11 pagi
💻 Medium : Google Meet
📳 Link : https://meet.google.com/rkd-btfd-anx

AGENDA TAKLIMAT

  1. Kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis.
  2. Bacaan Doa.
  3. Ucapan daripada YDP PIBG / Pengerusi Yayasan SAMDE.
  4. Taklimat bersama Guru Besar SRI Darul Ehsan.
  5. Sesi soal jawab.
  6. Penutup.

Kami mengalu-alukan penyertaan dari pihak ibu bapa / penjaga untuk bersama-sama mengetahui perjalanan pengoperasian sekolah di sepanjang tempoh PKP ini. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Puan Kamariah Binti Nasir
Guru Besar SRI Darul Ehsan